The Weekly Pay is a FAKE site. Website TIPU JAga-jaga..

on Wednesday, 15 January 2014

Fake Site..Theweeklypay.com

 

 

The weekly pay I visited this site regularly  then draw a conclusion it is fake
  •  It don't ask any information only your email address
  • It asks for survey for payment which is never success.
  • Its asks only name for payment which is impossible because its require address where to sent the money order in western union.
  • your account also not verified whether.
  • you don't get any confirmation email also
The weekly pay is simply a fake website don't summit your email address.
this kind of site try to email spams...although it haven't sent any email..
if you want to know by your self u can visit the site by clicking here

Translation

tapak palsu ... gaji mingguan
Gaji mingguan saya melawat laman web ini kerap maka satu kesimpulan yang ia adalah palsu

      Ia tidak meminta apa-apa maklumat sahaja alamat e-mel anda
     Ia meminta kajian untuk pembayaran yang tidak pernah adalah kejayaan.
     Yang meminta hanya nama bagi pembayaran yang mustahil kerana yang alamat memerlukan di mana untuk menghantar pesanan wang dalam kesatuan barat.
     akaun anda juga tidak disahkan sama ada.
     anda tidak mendapat apa-apa e-mel pengesahan juga

Gaji mingguan hanya satu laman web palsu tidak sidang kemuncak alamat e-mel anda.
jenis ini tapak cuba untuk e-mel spam yang ... walaupun ia telah tidak dihantar sebarang e-mel ..

jika anda ingin tahu oleh diri anda u boleh melawat laman web ini dengan klik di sini
 (Google Translate -GG LOL)

Ape2 pun, korang janganlah terkena. takut nanti, diorang gunakan username, email dan password yg korang bagi tu untuk hack email dan yg paling bahaya, BANK! 
Baca Ni contoh yang Website sebelum ni (Konsep lebih kurang) :  
 http://apeapejeiah.blogspot.com/2013/10/i-got-scammed-job4referralcom.html
  • TheWeeklyPay.com Summary

    TheWeeklyPay.com received their 50th complaint on .
    Information about TheWeeklyPay.com was first submitted to Scambook on Nov 06, 2013. Since then the page has accumulated 67 consumer complaints. On average users reported $637.70 of damages.





Zaman sekarang bila dah banyak akaun, semua password letak sama je kan. JAGA-jaga...

Bye Bye..yang mana degil tu, biarkan..diorang kan pandai..



 

Bayi makhluk asing di temui

on Sunday, 5 January 2014





Amukkan berlaku di Flat PKNS Seksyen 7, Shah Alam

 Kejadian amukkan berlaku di Flat PKNS Seksyen 7, Shah Alam pada jam 0115, 4 Januari 2014. Suspek lelaki berbangsa India seramai 3 orang menaiki Satria berwarna kuning bernombor plat WND 2980. Anggaran dalam 15-20 buah kereta sekitar flat berkenaan telah dirosakkan seperti dipecahkan cermin dan ditendang sehingga kemek.

Selain itu, suspek juga mengugut kearah penduduk dengan menjerit "Siapa gengster turun" dan berkata kesat. Disertakan gambar dilokasi kejadian.

Terima Kasih. (minta dirahsiakan pengirim)

Psst: Sumber dari rakan informer Oh! Media. 

Bayi mengeras, kebiruan pulang taska

on Saturday, 4 January 2014
Putrajaya: Seorang bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia secara misteri di sebuah taska di Desa Pinggiran Putra, dekat sini, dan lebih menyayat hati kematiannya hanya disedari ibu bapa yang mengambil jam 2.15 petang, semalam. Bayi malang itu, Azeem Rifhan dipercayai sudah sejuk dan kaku ketika diserahkan kepada ibunya, Rossmaine Sulaiman, 38, dan pengasuh mendakwa tidak tahu bagaimana keadaan itu berlaku kerana menyangka bayi itu nyenyak tidur.
Melihat keadaan anak kelimanya yang sudah mengeras dan biru, Rossmaine terus membawanya ke Hospital Putrajaya (HPj) untuk rawatan lanjut, malangnya bayi itu gagal diselamatkan walaupun sudah diberi bantuan pernafasan (CPR) lebih satu jam oleh doktor bertugas.

Apple nafi kerjasama perisikan

San Francisco: Apple Inc menafikan pernah bekerjasama dengan Agensi Keselamatan Nasional (NSA) Amerika Syarikat (AS) dan tidak menyedari ada usaha menyasarkan telefon pintar miliknya, kata gergasi elektronik itu dalam kenyataan balas terhadap laporan agensi perisikan membangunkan sistem untuk menggodam dan memantau iPhone. 

Der Spiegel, majalah yang berpangkalan di Jerman, pada minggu ini melaporkan satu unit rahsia di bawah NSA, yang kini dalam tekanan untuk meningkatkan dan meluaskan program perisikan seluruh dunia, sedang membangun perkakasan dan perisian khusus untuk menyusup dan memantau pelbagai jenis peranti komputer, termasuk telefon mudah alih.


10 individu dipanggil bagi rekod keterangan berkaitan kalimah Allah

Banting: Seramai 10 individu sudah dipanggil bagi merekodkan keterangan berhubung kenyataan Pengarang Herald-The Catholic Weekly, Lawrence Andrew, minggu lalu bahawa kalimah Allah akan terus digunakan dalam perhimpuan mingguan berbahasa Melayu gereja itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata bagaimanapun, Andrew tidak termasuk dalam senarai individu itu dan akan memanggilnya dalam tempoh terdekat. 




Kenapa Jam Tawaf? Apa tu Jam Tawaf???

KENAPA JAM PUSINGAN TAWAF (ANTICLOCKWISE)?



“Dan dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).” (Al-Anbiya, 21:33)

           
            Ayat Al-Quran di atas menerangkan kepada kita secara saintifik berkenaan dengan sistem yang berada di angkasa lepas yang mana semuanya bergerak di atas orbit dan landasan masing-masing. Semua planet, bulan dan bintang tidak akan berlanggar di antara satu sama lain selagi mana Allah mengkehendakinya tetap di situ dan semua pergerakan ini adalah pergerakan Sunnatullah atau pergerakan fitrah. Bumi beredar mengelilingi matahari selama setahun pada satu arah, bulan beredar mengelilingi bumi selama satu bulan pada satu arah dan semua planet yang berada di angkasa mengelilingi matahari dalam satu arah pusingan yang dikenali sebagai pusingan Tawaf atau anticlockwise.

Atlet olahraga juga berlari pada arah Tawaf atau anticlockwise kerana mempunyai hubung kait dengan kecepatan semasa berlari.


Bumi mengelilingi matahari pada arah Tawaf, bumi sendiri berputar pada paksinya pada arah Tawaf, bulan megelilingi bumi pada arah Tawaf, semua planet dan bintang yang berada di dalam sistem solar sebenarnya juga mengelilingi galaksi pada arah Tawaf. Masing-masing beredar di atas paksi dan orbitnya pada arah Tawaf dan pergerakan ini menjadi hukum (cosmic law) kepada pergerakan alam semesta (Sunnatullah/Fitrah).

Galaksi Bumi juga berputar pada arah Tawaf atau anticlockwise
Bulan beredar tetap di atas orbitnya pada arah Tawaf atau counterclockwise 

             Sebenarnya hukum pergerakan alam semesta atau hukum pusingan Tawaf ini bukan sahaja melibatkan objek di angkasa lepas malah ia juga melibatkan ciptaan Allah yang hanya sekecil zarah atom dan hanya mampu dilihat di bawah mikroskop. Elektron di dalam atom berpusing di atas paksinya sendiri kemudian berpusing mengelilingi nucleus atom pada arah Tawaf. Benda-benda yang konkrit, cair dan bergas juga terbina daripada jutaan gabungan zarah atom dan ini bermakna hukum pusingan Tawaf di aplikasikan hampir kepada semua benda yang ada di alam semesta ini; planet-planet, tumbuh-tumbuhan, bulan-bulan yang berada pada setiap planet, binatang, tanah, air dan sebagainyanya. Kerusi yang kita duduk dan mouse computer yang kita pegang juga mengandungi zarah-zarah atom. 


Elektron di dalam struktur atom juga berputar pada arah Tawaf.

              Hal ini tidak terkecuali juga dengan sel tubuh badan kita kerana tubuh badan manusia itu sendiri terdiri daripada banyak sel. Sitoplasma (cytoplasm) yang berada di dalam sel, beredar mengelilingi nucleus pada arah Tawaf (Anticlockwise/Counterclockwise) juga.

Sitoplasma (cytoplasma) mengelilingi nucleus pada arah Tawaf atau counterclocwise.
 
Tumbuhan-tumbuhan jenis yang menjalar juga sekiranya kita perhatikan memanjat pada arah Tawaf atau anticlockwise.
 
Kulit siput pun mempunyai corak mengikut arah Tawaf.  

Begitulah ciptaan Allah S.W.T daripada yang sekecil-kecil atom sehinggalah kepada yang sebesar-besar matahari masing-masing melakukan pusingan pada arah  TAWAF. Masing-masing dengan rendah dirinya mengikut pusingan apa yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T tetapi kenapa kita manusia yang mampu berfikir tidak pernah merenungkannya. Semua ciptaan Allah S.W.T melakukan pusingan mengikut arah TAWAF dan pasti mempunyai hikmahnya tersendiri tetapi kita dengan ego sekali mencipta dan memakai jam yang bertentangan dengan Sunnatullah/Fitrah alam.

   

"Allah mencipta langit dan bumi Dengan cara Yang layak dan berhikmat; Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi orang-orang Yang beriman." (Al-Ankabut, 29:44)


Apabila melakukan tawaf di kaabah, bahu kiri akan sentiasa dikiri dan hati akan menjadi lebih dekat dengan kaabah berbanding pada pusingan clockwise. Kita tawaf seiring dengan pergerakan semua benda yang ada di alam semesta; planet, bulan, matahari, sel-sel, atom dan darah dalam tubuh badan sekaligus menjadikan kita lebih tenang selepas daripada itu. Pusingan Tawaf di kaabah yang berlaku sejak berkurun-kurun lamanya sebenarnya sekira dikaji secara saintifik menghasilkan satu gelombang elektromagnetik yang menuju ke atas. Prinsip yang digunakan adalah sama seperti prinsip di dalam kelas sains fizik iaitu prinsip tangan kanan.

Mengikut prinsip tangan kanan, medan magnetik ini secara tidak langsung mampu menghasilkan tenaga yang menuju ke atas. Kemungkinan besar daya tenaga inilah yang menyebabkan doa seseorang di Masjidil Haram mudah dimakbulkan kerana hasil daripada pusingan tawaf yang kerap disana sejak berkurun lamanya menghasilkan satu gelombang tenaga atau gelombang doa yang menuju ke atas.




Secara saintifiknya pergerakan Tawaf ini menghasilkan tenaga elektromagnetik yang menuju ke atas. Sekiranya seseorang itu memakai jam yang memusing pada arah Tawaf, secara tidak langsung orang itu akan merasai gelombang yang menuju kepadanya setiap kali orang itu melihat jam.

  Hakikatnya, hanya Allah sahaja yang benar-benar mengetahui hikmah di sebalik pusingan pada arah Tawaf . Sebagai seorang muslim tidak salah sekiranya kita mengikut apa yang Fitrah atau Sunnatullah kerana kita tahu pasti ada banyak kebaikan di sebalik ciptaannya itu. Allah semesta alam mencipta benda dari yang sekecil-kecil atom sehinggalah kepada galaksi, semuanya berputar pada arah yang satu, arah Tawaf dan tidak patutlah kita sebagai hambanya menggunakan jam yang bertentangan dengan Fitrah atau Sunnatullah. Marilah kita berhijrah, hijrah dengan mengikut jam yang Fitrah, hijrah cara kita berfikir, hijrah dari keburukan kepada kebaikan dan hijrah dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang...


Adakah artikel ini bermanfaat, SILALAH LIKE FAN PAGE kami dan SHARE kan di TIMELINE ANDA untuk kebaikan: