Cedera di muka, patah hidung dipukul penyamun wanita

on Wednesday, 23 October 2013


Gambar Hiasan
KOTA TINGGI 23 Okt. - Seorang isteri peneroka Felda Sungai Mas, di sini ditemui terbaring berlumuran darah di bahagian muka dan patah hidung di hadapan pintu rumah oleh suaminya, dipercayai dipukul seorang wanita yang menyamun rumah mereka.
Mangsa, Misnah Sahuri, 62, ditemui suaminya, Mohd. Sani Mistar, 62, seorang penyelia yang berpatah balik dari tempat kerja kerana mengambil barang yang tertinggal kira-kira pukul 8 pagi kelmarin.
Mohd. Sani berkata, semasa kejadian pukul 7.45 pagi itu, dia tiada di rumah kerana telah keluar ke tempat kerja pukul 7 pagi.
"Ketika sampai di pekarangan rumah saya ada melihat sebuah motosikal dan menyangka milik rakan isteri. Malah, saya sempat menegur wanita tersebut, namun dia yang kelihatan panik terus menghidupkan enjin lalu memecut," katanya kepada Utusan Online di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131023/je_12/Cedera-di-muka-patah-hidung-dipukul-penyamun-wanita#ixzz2iYFB37WA

0 comments:

Post a Comment