Minggu lalu, timbul spekulasi kononnya pelakon cantik, Tasha Shilla telah menjalani pembedahan plastik di bahagian hidung dan payudara selepas ada peminat sedar akan perbezaan ketara antara gambar lama dan terbaru selebriti itu.
Spekulasi itu lantas dinafikan oleh aktres tersebut yang memberitahu kepada sebuah media online bahawa dia cukup bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan Tuhan kepadanya selama ini.
Namun isu itu tidak tamat disitu sahaja kerana ada pula yang mendakwa Tasha sememangnya ada ke Bali, Indonesia untuk melakukan pembedahan plastik di sana.
Aktres itu kemudiannya mengatakan yang dia memang ada pergi ke sana namun hanya untuk bercuti bersama rakan-rakan.
Dan malam ini, aktres tersebut akan hadir sebagai tetamu jemputan dalam program MeleTOP dan sudah pastinya dia tidak dapat lari persoalan itu sekali lagi.
Semestinya Tasha harus bersedia untuk melayan karenah nakal hos MeleTOP, Nabil Ahmad bersama pasangannya, Neelofa yang akan bertanyakan soalan-soalan panas kepada pemenang Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2011 ini.
Selain Tasha Shilla, turut sama akan hadir dalam program Meletop mala mini ialah dua juara Akademi Fantasia yang lalu iaiatu Hafiz AF7 dan Shahir AF8.
Hafiz baru sahaja pulang dari Singapura selepas meraih gelaran Artis Serantau Paling Popular dalam Anugerah Planet Muzik 2013 sebelum ini dan Shahir pula kembali ke industri muzik selepas sekian lama menyepikan diri.
Sudah tentunya peminat kedua-dua mereka ingin mengetahui apakah perkembangan terbaru dan perancangan masa depan mereka berdua.
Jangan lepaskan peluang untuk menonton siaran langsung MeleTOP yang bakal ke udara malam ini, Selasa, 10 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Maya HD (saluran 135).
Sumber: murai.com.my
- See more at: http://sensasimalaysia.com/panas-tasha-shila-jawab-pasal-isu-pembedahan-payudara/#sthash.T50BjGq1.dpuf
0 comments:
Post a Comment