24 Okt - Disebalik kesibukan sehariannya menjalankan tugas sebagai Menteri Belia dan Sukan, mungkin ramai yang tak tahu bahawa YB Khairy Jamaluddin dalam diam sebenarnya menjalankan perniagaan Ayam Percik di sebuah pasar malam dan telah berkenalan rapat dengan seorang inspektor wanita.
Jangan panik atau mula mencari alamat pasar malam serta identiti polis wanita tersebut kerana sebenarnya, Khairy cuma melakonkan watak sebagai penjual Ayam Percik menerusi filem pendek arahan Elaine Daly berjudul "Inspektor Mastura".
Menurut Elaine, dia bertemu Khairy di salah sebuah acara pada Oktober tahun lalu dan dalam pada masa yang sama dia mencari-cari seseorang yang mempunyai tarikan tersendiri. Elaine kemudian menyatakan hasrat pada Khairy untuk memintanya berlakon dalam filem pendek pertama arahannya dan Khairy serta merta menerimanya.

0 comments:
Post a Comment